Soalan Lazim Ditanya

Cari jawapan pada soalan anda.

Search
Selection
  • All
  • Kelas Mengaji (14)
  • Umum (12)
  • Client (9)
Apakah prosedur pendaftaran kelas mengaji melalui Customer Service?

Tuan/Puan boleh menghubungi admin Arina di talian +60 10-284 0678

  • Pihak admin akan mendengar jangkaan Tuan/Puan berkenaan kelas yang akan diadakan
  • Admin KMP akan memberikan pakej terbaik kepada Tuan/Puan
  • Tuan/Puan akan membuat pembayaran melalui nombor akaun
Maybank KMP Academy Sdn Bhd 562021653343 Yuran Pengajian + RM10.00 (Yuran Pendaftaran sekali seumur hidup) Reference : (Nama Pakej)
  • Tuan/Puan menghantar resit bukti pembayaran kepada Admin KMP
  • Admin KMP akan mengesahkan dan meminta Tuan/Puan mengisi beberapa maklumat
  • Tunggu sehingga 24 Jam
  • Ustaz/Ustazah khas lantikan KMP akan terus WhatsApp Tuan/Puan
  • Admin KMP akan berikan terma dan syarat KMP serta pengesahan lantikan guru.
  • Kelas akan diadakan pada tarikh yang ditetapkan.
  • Selesai!

Macammana saya nak daftarkan diri sebagai pelajar kurang berkemampuan?

Kelas ini merupakan Kelas Al - Quran yang dikhaskan untuk membantu para pecinta Al - Quran belajar Al - Quran SECARA PERCUMA   Keistimewaan kami: ????Belajar 'One-to-One' iaitu personal ????Anda akan dibimbing oleh guru yang berpengalaman dan terbaik dari seluruh Malaysia ????Channel Telegram Iqra' dan Tajwid Exclusive ????1 kali sesi Percuma bersama Ustaz Izzul Hakim ????Apps KMP untuk mengetahui progress bacaan anda ????Menyediakan kelas secara online (Google Meet, Zoom, Whatsapp call dll..)   Untuk menjadi pelajar tajaan kami, anda mestilah????: ????Tergolong dalam golongan kurang berkemampuan dan tiada pendapatan (suri rumah, pelajar, warga emas, pesara, muallaf, tidak bekerja dan lain- lain) dan tidak mampu membayar RM 160 untuk yuran kelas pengajian Al- Quran ????Komited dengan kelas dan bersungguh- sungguh untuk belajar ????Mempunyai rangkaian internet yang baik untuk video call. ????Jika anda berminat untuk menyertai kelas pengajian Al- Quran dari KMP ACADEMY, sila isi link di bawah???? https://bit.ly/KelasCelikAQPercuma

Kenapa kami whatsApp tapi tiada respon dari pihak admin? A: Admin KMP akan aktif ketika waktu pejabat sahaja tidak termasuk hari cuti umum.

9 pagi sehingga 6 petang, hari Isnin hingga Jumaat. +60 18-909 4234 (Admin Client Happiness Maryam) +60 10-284 0678 (Admin Customer Service Arina)

Adakah masa kelas tidak dapat diubah atau ditunda sekiranya saya mempunyai kecemasan?

Untuk isu kecemasan seperti kematian dan dimasukkan ke dalam Unit Rawatan Kecemasan akan diberi pelepasan tunda. Sekiranya selain dari dua perkara diatas, pihak KMP berhak untuk membatalkan apa jua penundaan. Bermakna, kelas akan dibatalkan.

Adakah KMP akan menyediakan ujian penilaian prestasi sebelum saya menamatkan pengajian di sini?

Ya. Ujian Penilaian Prestasi akan dibuat secara keseluruhan. Ustaz/Ustazah akan meletakkan gred purata sepanjang pencapaian Tuan/Puan dalam mempelajari Al-Quran bersama KMP. Markah tersebut dinilai melalui:

  • 50% Bacaan Al-Quran
  • 30% Disiplin Masa
  • 20% Kerjasama Membuat Ulangkaji

Bagaimana pengajian Al-Quran dijalankan sekiranya jaringan internet dirumah tidak memberikan kerjasama?

Maafkan kami Tuan/Puan. Kami terpaksa menolak Tuan/Puan sekiranya mempunyai masalah internet. Syarat utama belajar bersama KMP adalah jaringan Internet yang baik bagi memudahkan urusan pembelajaran Al-Quran berlangsung dengan berkualiti. Prinsip KMP ialah pengajian secara one-to-one bagi Ustaz/Ustazah menilai makhraj huruf yang disebut adalah tepat.

Bilakah KMP akan jalankan kelas mengaji ke rumah?

KMP dijangka akan membuka kelas mengaji datang kerumah pada bulan Disember 2021 bergantung kepada keadaan dan SOP yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

Adakah sijil akan diberikan setelah tamat belajar Al-Quran?

Ya, e-sijil khas akan diberikan sekiranya Tuan/Puan berjaya khatam Iqra’ 1-6. Dan sekiranya Tuan/Puan berjaya menamatkan bacaan Al-Quran 30 Juzuk bersama Ustaz/Ustazah lantikan KMP.

Adakah KMP menawarkan program yang lain selain dari mengaji Al-Quran?

Tidak. KMP hanya menawarkan program pengajian Al-Quran sahaja.

Siapakah yang layak mendapat pengajian percuma?

Untuk menjadi pelajar tajaan KMP, anda mestilah????: ????Tergolong dalam golongan kurang berkemampuan dan tiada pendapatan (suri rumah, pelajar, warga emas, pesara, muallaf, tidak bekerja dan lain- lain) dan tidak mampu membayar RM 160 untuk yuran kelas pengajian Al- Quran ????Komited dengan kelas dan bersungguh- sungguh untuk belajar ????Mempunyai rangkaian internet yang baik untuk video call.   ????Jika anda berminat untuk menyertai kelas pengajian Al- Quran dari KMP ACADEMY, sila isi link di bawah????       http://link.oldstaging.kmpacademy.com/KelasCelikAQ

Pasti Log Keluar?
Ya, log keluarKembali Ke Portal