TERMA DAN SYARAT KELAS MENGAJI ONLINE ONE TO ONE (KMP ACADEMY)

1) SAMBUNG PENGAJIAN

  1. Bayaran perlu dibuat terlebih dahulu sebelum sesi kelas baru bermula.

  2. Setelah pelajar masuk ke kelas sesi terakhir dan ingin menyambung pengajian, pelajar boleh membuat pembayaran kepada pihak admin (berikan bukti resit pembayaran) atau melalui website.

  3. Setelah admin atau sistem menerima bukti pembayaran, pihak admin baru akan maklumkan kepada tenaga pengajar untuk jalankan sesi kelas seperti biasa.

  4. Sekiranya tiada pembayaran baharu, maka pengajar tidak akan memulakan kelas tersebut.

  5. Satu sesi kelas hanya boleh dijalankan minimum 30 minit (1 sesi) atau 1 jam (2 sesi).

2) HARI DAN MASA PENGAJIAN

  1. Hari dan masa pelajar boleh dikekalkan atau diubah (flexible) mengikut waktu pelajar dengan pertimbangan dari kedua belah pihak iaitu pelajar dan tenaga pengajar.
  2. Sekiranya pelajar atau tenaga pengajar tidak dapat memberikan komitmen, mohon maklumkan kepada pihak admin bagi membuat pertukaran kepada tenaga pengajar baharu.
  3. Untuk penangguhan sesi kelas mengaji melebihi 1 bulan atas sebab-sebab tertentu, perlu memaklumkan kepada pihak admin bagi mengelakkan pembatalan (burn) sesi kelas.
  4. Sekiranya pelajar ingin menangguhkan 1 sesi kelas, pelajar wajib memaklumkan kepada tenaga pengajar seawal 2 jam sebelum kelas bermula agar tenaga pengajar tidak tertunggu dan sudah sedia maklum untuk menjalankan kelas ganti pada masa akan datang. (Termasuk pelajar yang period/ datang haid).
  5. Sekiranya tenaga pengajar meminta pelajar mengubah hari dan masa pengajian berlainan tanpa persetujuan pelajar, pelajar hendaklah memaklumkan kepada pihak admin agar tindakan pertukaran tenaga pengajar dapat dilakukan dengan segera.

3) KELEWATAN JALANKAN SESI KELAS

  1. a) Berlaku burn class / pembatalan kelas (kelas tidak boleh digantikan) sekiranya pelajar:
    1. Pelajar yang lewat 15 minit kali ke-2 dan seterusnya kelas akan dibatalkan (tenaga pengajar akan menunggu pelajar dalam tempoh 15 minit sahaja. Selepas 15 minit kelas akan dibatalkan dan tiada kelas ganti).

    2. Membuat penangguhan/ pembatalan kelas dengan tenaga pengajar melebih 2 kali berturut dalam sebulan tanpa memaklumkan kepada admin.

    3. Pelajar yang membatalkan sesi kelas pada minit terakhir (last minute) tanpa memaklumkan kepada tenaga pengajar atau admin sesi kelas dibatalkan.

    4. Pelajar tidak membalas mesej tenaga pengajar dalam tempoh 24 jam.

*polisi ini dikeluarkan atas kerana tidak mahu tenaga pengajar KMP menunggu pelajar. Mohon berikan kerjasama yang baik antara guru dan pelajar.

b) Kelas boleh digantikan sekiranya:

  1. Pelajar yang pertama kali membatalkan sesi kelas boleh digantikan kelas (hanya 1

    kali sepanjang pembelajaran berlangsung sahaja).

  2. Tenaga pengajar kerap membatalkan (cancel) sesi kelas melebihi 2 kali tanpa berbincang dengan pelajar atau membatalkan kelas pada minit terakhir melebihi 2 kali.

  3. Tenaga pengajar tidak memberikan komitmen dan tidak mengikut kriteria yang ditetapkan oleh pengurusan KMP.

  4. Tenaga pengajar tidak membalas mesej pelajar dalam tempoh 24 jam.

  5. Bagi pelajar yang masih mempunyai baki sesi kelas semasa membuat pertukaran tenaga pengajar, tenaga pengajar yang baharu akan menyambung jalankan baki sesi kelas tersebut.

4) PERTUKARAN TENAGA PENGAJAR BARU

  1. Pelajar boleh membuat pertukaran tenaga pengajar baru sekiranya tenaga pengajar sebelum ini tidak dapat berikan komitmen dan kerap membuat perubahan hari dan masa pada minit terakhir (last minute) tanpa persetujuan pelajar.

  2. Cara pembelajaran tenaga pengajar tidak selari dengan jangkaan (expectation).

  3. Tenaga pengajar sekadar mendengar bacaan tanpa perbetulkan bacaan pelajar dan tiada penerapan bahagian tajwid semasa sesi kelas berlangsung.

5) STATUS PELAJAR (TIDAK AKTIF)

Pelajar yang tidak menyertai sesi kelas secara langsung melebihi 3 bulan berturut akan bertukar kepada status ‘berhenti’ di dalam system KMP Academy secara automatic.

6) PEMULANGAN BAYARAN (REFUND PAYMENT)

1. Pemulangan pembayaran bagi pelajar yang telah jalankan melebihi 2 sesi, pihak pengurusan tidak kembalikan pembayaran kepada pelajar.

2. Pemulangan pembayaran dibenarkan sekiranya sesi kelas masih belum berjalan atau hanya 1 sesi sahaja dijalankan atas sebab tenaga pengajar yang tidak berikan komitmen.

7) PEMAKAIAN

Memakai pakaian yang sopan dan menutup aurat untuk pelajar lelaki dan perempuan.

8) ADAB BERSAMA GURU

1. Merendah diri terhadap guru.

2. Memandang guru dengan penuh hormat.
3. Menggunakan panggilan gelaran guru yang mulia sebagai tanda menghormati mereka seperti ‘ustaz’ atau ‘ustazah’.


4. Mengiktiraf hak guru terhadap diri pelajar seperti menghormati hak guru dalam menetapkan tahap pembacaan pelajar.


5. Mendoakan untuk guru sepanjang hayat mereka.

6. Berkelakuan penuh sopan ketika mengikuti pembelajaran.

7. Mendengar isi pengajaran dengan tekun walaupun topik perbincangan telah diketahui.

Imam Al-Syafie pernah mengungkap: “Bersabarlah kamu dalam perjalanan jauh demi menemui gurumu, sesunguhnya lautan ilmu itu diperoleh menerusi perjalanan kamu menemuinya. Sesiapa yang tidak berasa kepahitan menuntut ilmu sedetik, ia pasti menelan kehinaan dek kejahilan sepanjang hayatnya.”
Pasti Log Keluar?
Ya, log keluarKembali Ke Portal