Seminar
Sejak 2022, KMP Academy telah menjadi ruang belajar yang menghimpunkan ribuan hati yang mencari ilmu — dari tadabbur Al-Quran, tajwid, fiqh, sirah, hingga isu akhir zaman. Dengan lebih 30,000 peserta yang pernah menyertai, kami telah menganjurkan 34 seminar, termasuk siri seminar tajwid, 10 siri kelas bersiri tajwid, 2 daurah fiqh wanita dan 14 siri ibrah — semuanya dengan matlamat yang sama: membimbing hati, memperindah ibadah.
Kami membawa penceramah berkredibiliti dan pakar dalam bidang masing-masing, antaranya Ustaz Syaari, Daie Izzhar, Daie Syafiqah, Ustaz Hafizuien Basya, Ustazah Mardziah, Ustaz Azlan Shah Nabees Khan, serta tenaga pengajar in-house kami seperti Ustaz Firdaus dan Ustazah Nadzira. Setiap topik disampaikan dengan penyediaan rapi, gaya yang mudah difahami, dan penuh penghayatan agar setiap peserta mendapat manfaat yang sebenar. Kami juga pernah ke Singapura sebanyak 3 kali untuk mengadakan program tajwid serta bertemu para peserta dan pengikut setia secara langsung.

Antara momen manis bersama peserta sepanjang program KMP Academy — dari senyuman di hari seminar, suasana khusyuk ketika sesi ilmu, hingga detik berharga bertemu dan berbual mesra dengan guru serta rakan baru.

Jom sertai majlis ilmu anjuran KMP Academy. Program kami direka dengan kualiti penyampaian yang tinggi, akses yang mudah, dan suasana yang mesra untuk semua peringkat umur — termasuk warga emas. Tak boleh hadir secara langsung? Dapatkan rakaman seminar dengan harga mampu milik, dan nikmati pengalaman belajar mengikut masa dan keselesaan sendiri.
Sertai SekarangHarapan kami, moga kalian dapat merasai manisnya hidup apabila melazimi majlis ilmu. InshaAllah. 🥰 Bersama guru-guru yang amanah dan berpengalaman, kami ingin menemani perjalanan ilmu anda — menguatkan hati, memperbaiki amalan, dan mendekatkan diri kepada Allah.