Kelas one to one atau kelas personal ialah kelas yang akan berlangsung secara atas talian antara seorang pelajar dan seorang guru sahaja. Satu kelas akan diadakan selama 30minit. Tuan/Puan akan diberikan modul khas pembelajaran dan belajar mengikut modul yang telah KMP tetapkan. Tuan/puan juga boleh mengajukan apa-apa soalan yang berkaitan dengan Al-Quran kepada guru khas lantikan KMP.
Soalan Lazim Ditanya
Cari jawapan pada soalan anda.
Ada. Instagram - http://bit.ly/InstagramKMP Telegram - http://bit.ly/TelegramOfficialKMP Youtube - http://bit.ly/YoutubeKMP Twitter- http://bit.ly/TwitterKMP Tiktok - http://bit.ly/TiktokOfficialKMP Group Keluarga KMP - http://bit.ly/KeluargaCintaAlQuranKMP
Boleh. Dengan syarat Tuan/Puan memaklumkan hal yang demikian kepada pihak pengurusan sebelum pendaftaran bagi memudahkan proses pemilihan guru. Jika mempunyai sebarang pemberitahuan diminit akhir (last minute), pihak KMP berhak untuk menolak permintaan Tuan/Puan. Kelas akan dijalankan seperti yang telah dimaklumkan pada awal pendaftaran.
Kelas Mengaji Personal akan dijalankan secara personal. Tuan/Puan akan diberikan masa berdasarkan hari dan tarikh yang dipersetujui di Website rasmi KMP. Guru yang bertanggungjawab akan berhubung dengan Tuan/Puan melalui WhatsApp dan akan menghantar link biru (Link Zoom/Link Google Meet) untuk mengadakan kelas Tuan/Puan. Jadi, melalui link tersebut, Tuan/Puan akan mengikuti kelas mengaji persendirian dengan Ustaz/Ustazah KMP selama 30 minit.
Terdapat banyak kelebihan sekiranya Tuan/Puan berdaftar mengaji bersama KMP, antaranya ialah:
- Tuan/Puan secara automatik akan menjadi pelajar rasmi KMP dan akan mendapat diskaun yang menarik bagi setiap pembelian item KMP melalui KMP Shop.
- Tuan/Puan dapat memilih hari dan masa mengikut kelapangan Tuan/Puan untuk adakan kelas mengaji.
- KMP menawarkan pembelajaran dari tahap kanak-kanak yang berusia 7 tahun hingga ke dewasa 70 tahun. Jadi, takperlulah cari kelas mengaji lain untuk pengajian sekeluarga.
- KMP menawarkan tahap pembelajaran Al-Quran dari asas Iqra’ hingga ke peringkat Khatam, sesuai bagi setiap peringkat.
- Guru yang kreatif dan berpengalaman dalam bidang Al-Quran akan mengelolai pembelajaran Al-Quran Tuan/Puan.
- Latihan pengukuhan disediakan bagi tujuan pembelajaran yang lebih berkesan!
Kami menetapkan hanya EMPAT (4) kriteria dan syarat seperti dibawah:
- Komited dengan masa yang telah dipersetujui untuk mempelajari Al-Quran
- Dapat menerima kemampuan diri sendiri dan bersabar sekiranya pengajian perlu dilanjutkan bagi tujuan pemantapan pembelajaran Al-Quran.
- Bersungguh-sungguh dalam mempelajari Al-Quran dengan membuat kerja rumah dan ulangkaji yang disediakan.
- Jaringan internet yang baik bagi memudahkan proses pembelajaran berjalan dengan lancar.
Boleh, sangat dialu-alukan. Kita akan mula dari Asas semula iaitu Iqra’ 1. Tempoh yang dijangkakan ialah 6 bulan untuk celik Al-Quran dengan melanggan pakej Rahmah selama 6x. Tuan/Puan yang ingin celik Al-Quran bagi tempoh berkenaan perlu memberikan kerjasama dengan menghadiri kelas dan membuat ulangkaji pengukuhan yang disediakan.
Untuk tahap Iqra’, bahan yang diperlukan hanyalah Buku Iqra’ Darul Fikir, Buku Nota dan Pen. Manakala bagi tahap Al-Quran, sesi pembelajaran bersama Ustaz/Ustazah memerlukan Al-Quran saiz A4, Buku Nota dan Pen. Bagi yang bertanya mengenai latihan pengukuhan, Ustaz/Ustazah akan berikan ketika pembelajaran berlangsung.
Boleh. Tuan/Puan boleh maklumkan pada Ustaz/Ustazah yang akan mengelolai kelas Tuan/Puan. Sekiranya bacaan Tuan/Puan perlu diberi perhatian (masih kurang lancar, keliru dengan huruf Al-Quran, keliru dengan sebutan makhraj), kami akan meminta izin untuk buat ulangkaji khas dari Iqra’ 4 hingga Iqra’ 6. Keputusan akan dibuat berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak iaitu Ustaz/Ustazah bersama Tuan/Puan dan tahap penguasaan Tuan/Puan.
Tuan/Puan boleh mengikuti Facebook rasmi kami dengan menekan link dibawah: Kelas Mengaji Personal | Facebook Atau terus hubungi Admin Customer Service: 6011-13118732 untuk dapatkan berita terkini melalui WhatsApp story kami!